Soalan lazim

Apakah yang dimaksudkan JKR ?

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan yang mana menyokong segala sektor pembinaan di negara kita. JKR merupakan jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, seni bina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.