Perutusan Pengarah

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua pelanggan Jabatan Kerja Raya (JKR) WP Labuan.

Saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman Web Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan. Sesungguhnya laman Web merupakan salah satu medium yang amat penting bagi JKR Wilayah Persekutuan Labuan berkomunikasi dengan masyarakat terutama yang berada di Wilayah Persektuan Labuan.

Melalui laman web ini dipaparkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti dan projek-projek yang dilaksanakan oleh JKR Wilayah Persekutuan Labuan. Ini membolehkan masyarakat terutama yang berada di Wilayah Persekutuan ini dapat mengetahui dengan tepat, mudah dan pantas program-program dan projek-projek yang dilaksanakan oleh JKR Wilayah Persekutuan Labuan. Melalui laman web ini juga, pihak kontraktor dapat menyemak tawaran sebut harga yang diiklankan tanpa perlu datang ke pejabat JKR Wilayah Persekutuan Labuan. Dilaman web ini turut dipaparkan pautan-pautan kepada laman–laman web penting yang lain untuk memudahkan pelawat terutama warga JKR sendiri untuk mengakses laman-laman web tersebut.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar laman web ini dapat dimanafaatkan terutama sekali kepada warga JKR W.P. Labuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan selaras dengan slogan Jabatan Kerja Raya Malaysia iaitu Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan dan juga merialisasikan hasrat untuk merakyatkan perkhidmatan awam.

Sekian, terima kasih.

 

Ir. Hj. Mohd Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah
                                                     

PENGARAH KERJA RAYA
JABATAN KERJA RAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

Carian

Mutiara Kata

Ketika terbukti salah, orang bijak akan memperbaiki dirinya sendiri dan orang yang bodoh akan terus berdebat

Hakcipta Terpelihara oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan 2017 adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami atas penggunaan maklumat yang terkandung di laman ini.

Please publish modules in offcanvas position.