Sejarah JKR

Sejarah JKR

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia sejak 100 tahun yang lalu. JKR telah menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang lebih baik untuk kehidupan seharian. JKR juga bertanggungjawab dalam membina jalan sebagai salah satu cara untuk berhubung yang mana ia merupakan pemangkin utama dalam pembangunan sosio ekonomi negara. Selain itu JKR juga bertanggungjawab menyediakan air yang bersih dan selamat untuk mewujudkan warga yang bersih dan sihat. Dalam usaha membangunankan Negara, aspek seni bina yang melambangkan warisan dan budaya rakyat Malaysia tidak pernah dilupakan. Justeru itu, beberapa bangunan yang dibina telah diterima sebagai mercu tanda Negara kita. JKR dengan ini berbangga menjadi penyumbang dalam pembanguanan Malaysia.

Sejarah JKR W.P. Labuan

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan sejak 1984,semua urusan pembangunan ditadbirkan di bangunan baru Jabatan Kerja raya Wilayah Persekutuan Labuan yang siap pada bulan Jun 1987 beralamat di jalan kampung Jawa, Peti Surat 81002, 87020 Wilayah Persekutuan Labuan dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal. JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti.

Carian

Mutiara Kata

Ketika terbukti salah, orang bijak akan memperbaiki dirinya sendiri dan orang yang bodoh akan terus berdebat

Hakcipta Terpelihara oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan 2017 adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami atas penggunaan maklumat yang terkandung di laman ini.

Please publish modules in offcanvas position.