Objektif Unit Korporat

1. Meningkatkan kualiti penyampaian jabatan dengan kawalan dan pemantauan prosedur kualiti, kualit pelaksanaan dan kualiti produk secara berkesan di samping menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui KIK dan insentif kualiti.

2. Meningkatkan tahap kompetensi kakitangan JKR WP Labuan dengan latihan terancang dan pemantapan penggunaan teknologi maklumat.

3. Melaksanakan perancangan strategik dan korporat untuk meningkatkan prestasi JKR WP Labuan selaras dengan visi dan misi Jabatan.

4. Sebagai pusat maklumat JKR Labuan meliputi pengurusan data berpusat, pelaporan, pengurusan aduan dan perolehan khidmat professional luar.