Visi Dan Misi

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat , JKR menzahirkannya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu :

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset , pengurusan projek dan kejuruteraan

untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

 

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan :

  • Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  • Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  • Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  • Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  • Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  • Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.