TIP KESELAMATAN PERANTI MUDAH ALIH

TIPS KESELAMATAN UNTUK PERANTI MUDAH ALIH ANDA
1) PASTIKAN PERANTI MUDAH ALIH DAN APLIKASI ANDA SENTIASA DIKEMAS KINI

 

Peranti mudah alih juga bersifat mudah diserang seperti komputer riba dan PC. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk memastikan sistem peranti anda dilindungi adalah dengan mengemas kini perisian dan aplikasi mudah alih secara berkala.

2) BERHATI – HATI DENGAN RISIKO WI-FI PERCUMA

 

Wi-Fi awam dan hotspot sebenarnya tidak selamat dan berpotensi untuk mendedahkan semua aktiviti atas talian anda. Elakkan log masuk atau memberikan akaun sulit anda seperti e-mel dan e-dagang kepada sumber yang tidak dipercayai . Untuk lebih selamat, gunakan data anda sendiri atau rangkaian yang dipercayai sahaja.

3) HADKAN AKSES KEPADA APLIKASI

 

Sesetengah aplikasi memerlukan anda untuk memberi maklumat tentang senarai kenalan, lokasi dan galeri anda. Fikirkan sebelum memberikan akses kepada maklumat sulit anda dan pastikan bahawa aplikasi itu dipercayai.

Hakcipta Terpelihara oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan 2017 adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami atas penggunaan maklumat yang terkandung di laman ini.

Please publish modules in offcanvas position.