Fungsi Unit Fasiliti Bangunan Tentera (Awam)

 

1. Merancang dan merekabentuk projek-projek pembangunan insfrastruktur Kementerian Pertahanan.

2. Melaksanakan segala projek pembangunan insfrastruktur secara ekonomik, berkesan dan cekap bagi memenuhi keperluan Kementerian Pertahanan.

3. Menyelenggara semua aset di kem-kem /pangkalan-pangkalan angkatan tentera supaya ianya dalam keadaan baik.

4. Menyiasat perkara-perkara teknikal yang berkaitan kerja-kerja tambahan atau pembaikan di semua kem-kem / pangkalan-pangkalan tentera dan memberi cadangan 

    penyelesaian yang berkesan.

5. Membantu dan memberi nasihat teknikal kepada Kementerian Pertahanan yang bersangkutan dengan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan.

 

Fungsi Unit Fasiliti Tentera (Elektrik)

 

1. JKR Unit Fasiliti Bangunan Tentera Elektrik, W.P Labuan adalah unit yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan kejuruteraan seperti berikut.

2. Merekabentuk serta menguruskan perkhidmatan kontrak pemasangan elektrik dan mekanikal untuk bangunan-bangunan dan perkhidmatan elektrik luar (external) bagi kem-kem tentera TUDM&TLDM seluruh W.P Labuan.

3. Mengendali dan menyelenggara perkhidmatan elektrik luar (external) bagi kompleks besar tentera termasuk voltan 415V hingga 11 KV.

4. Mengendali dan menyelenggara perkhidmatan pengagihan bekalan elektrik termasuk 43 buah pencawang elektrik di Kem Tentera Laut & Pangkalan Udara W.P Labuan

5. Menyelenggara pemasangan elektrik dan perkhidmatan mekanikal di bangunan-bangunan kerajaan di kem-kem tentera termasuk kawalan kekompetenan, penyelenggaraan kerosakan dan penyelenggaraan pencegahan.

6. Memperkenalkan dan menetapkan piawaian dan tatacara elektrik dalam pemasangan elektrik dan mekanikal bagi bangunan-bangunan kerajaan di kem-kem tentera.

7. Menjalankan penyelidikan dan pengujian bahan-bahan dan peralatan elektrik dan mekanikal yang dipasang untuk projek-projek kerajaan.

8. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pelanggan iaitu TUDM dan TLDM WP Labuan dan lain-lain kem seluruh WP Labuan.

9. Memberi khidmat nasihat teknikal dan mengawal selia unit-unit JKR Tentera (Elektrik) lain di seluruh WP Labuan.

10. Menyelaras dan melaksanakan koordinasi dengan Jurutera Kanan Elektrik JKR dan pihak Kementerian Pertahanan mengenai masaalah dan operasi senggaraan elektrik dan mekanikal, peningkatan sistem elektrik yang lama ke baru di kem-kem dan Pangkalan Tentera.

Carian

Mutiara Kata

Ada kemenangan disetiap perjuangan. Ada kesuksesan disetiap kegagalan. Ada kemuliaan disetiap ujian. Begitulah Tuhan akan mengaturnya.

Twitter JKR Labuan

Hakcipta Terpelihara oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan 2017 adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami atas penggunaan maklumat yang terkandung di laman ini.

Please publish modules in offcanvas position.