Arkib

PELANTIKAN PENGARAH JKR WP LABUAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT PENGAJIAN PROGRAM MASTER KEJURUTERAAN STRUKTUR DAN PEMBINAAN, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

 

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Senat ke-697 telah meluluskan pelantikan Pengarah JKR WP Labuan, YBrs. Ir. Suhaizad Bin Hj. Sulaiman sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Pengajian Program Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 20 Disember 2021.

 

Pelantikan tersebut akan dapat membantu UPM khususnya Fakulti Kejuruteraan dalam urusan penggubalan dan penambahbaikan kurikulum sistem pengajaran dan pembelajaran program Master Secara Kerja Kursus di samping lain-lain bidang yang telah dikenalpasti untuk memenuhi keperluan Swa Akreditasi Universiti.

 

Warga JKR Malaysia mengucapkan tahniah diatas pencapaian tersebut. Semoga  kerjasama dan sumbangan yang diberikan akan berjaya membantu Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa.

Carian

Mutiara Kata

Belajarlah dari kesalahan orang lain. Anda tidak dapat hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri. Menjadi ramah itu baik, menjadi sopan itu terpuji, menjadi bermanfaat itu bijaksana.

Twitter JKR Labuan

Hakcipta Terpelihara oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan 2017 adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami atas penggunaan maklumat yang terkandung di laman ini.

Please publish modules in offcanvas position.