TIPS KESELAMATAN UNTUK KOMPUTER ANDA
1) PASTIKAN SEGALA-GALANYA SENTIASA DIKEMAS KINI

 

Pastikan sistem pengendalian komputer anda dikemas kini. Kemas kini adalah sangat perlu untuk menangani masalah ketidakserasian program dan sebarang kesilapan sertakelemahan berkaitan keselamatan. Kemas kini yang berkala atau secara automatik bolehmembantu mengelakkan sebarang akses tanpa kebenaran atau kecurian maklumat.

2) GUNAKAN PERISIAN ANTI – VIRUS

 

Dengan menggunakan perisian anti-virus, anda boleh menghalang virus daripada menjangkiti komputer riba atau PC anda. Anda perlu sentiasa ingat untuk mengemaskini komputer anda secara berkala supaya anda dapat menerima perlindungan yang optimum.

3) AKTIFKAN FIREWALL ANDA

 

Firewall adalah penghadang utama bagi pertahanan atas talian. Ia berfungsi sebagai penghalang antara rangkaian yang dipercayai dan tidak dipercayai dengan menyekat sambungan dari mana-mana laman yang tidak diketahui atau berbahaya di samping dapat menghalang virus. Firewall juga melindungi anda dari mana-mana percubaan tanpa kebenaran untuk mengakses komputer anda.

Carian

Mutiara Kata

Kenyataan merupakan buah atau hasil dari mimpi, keputusan dan perbuatan. Maka mulailah pekerjaan Anda dengan mimpi yang tinggi, di susul dengan keputusan yang tepat dan perbuatan yang disesuaikan dengan keduanya

Twitter JKR Labuan

Hakcipta Terpelihara oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan 2017 adalah tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami atas penggunaan maklumat yang terkandung di laman ini.

Please publish modules in offcanvas position.